b u n g a



ABOUT LINKS TAG
about


Nama yang telah diberikan oleh orang tua aku, Fatin Natassha. Bicara sahaja seperti gadis bermatlamat tetapi aku cuma tujuh belas. Orang melayu berdarah cina. Bercita-cita ingin menjadi si tukang masak & si penulis rancak.


tiga per empat // Monday, 29 July 2013
07:19
lama juga dia bermaharajalela di hati
lamanya bertahun
tiga puluh hari bulan tujuh
ya genap lah tiga belas bulan kami bersama

lama juga dia bertakhta di hati
lamanya bertahun
tapi mungkin bukan dia jodohku
dia telah atur kaki
untuk pergi

siapalah aku untuk halang dirinya
pergi sahaja
aku biasa sahaja
sedih tetap sedih
tapi ku relakan kerana...




dia pergi bawa tiga per empat hatiku





                                                                               fatin si bunga