aku kenal dia
// Sunday, 22 September 2013
|
01:50 |
Kisah aku dan dia Biarlah rahsia Kau lihat sahaja aku bahagia Yang lain serahkan pada Dia Aku benar kenal dia Hanya aku tahu dia Hanya aku rasa manis dia Sebab dia selesa, dan aku turut sama Jangan kerana tiada bukti Antara kami Jangan senang kamu mengadili Tinggi rendah kami Aku kenal dia Aku tahu dia siapa Berhenti mengata Jika kau tak mampu merasa |
lima perkara
// Sunday, 15 September 2013
|
21:21 |
Ada lima perkara
Biar aku nyatakan semua
Semua yang aku rasa
Dengarlah sahabat walau kadang kau tak rela
PERTAMA
Perasaan betah yang aku rasa
Tiap kali aku di lingkaran kalian semua
Sepertinya aku hantu tak bernyawa
KEDUA
Ingin sahaja aku ceritakan
Tapi tiap kali aku mula bersandar di bahu kalian
Ditariknya secara perlahan-lahan
KETIGA
Terasa seperti pagi itu sunyi
Aku pun menangis sendiri tapi
Sepertinya semua tidak peduli
KEEMPAT
Segala yang aku rasa semakin berat
Beratnya hingga mematahkan tulang empat kerat
Tak apa kawan, aku masih hidup!
KELIMA
Aku sedar aku semakin menjauh dari kalian
Tapi anggap lah aku ada di hati kalian
Bukan sengaja aku pergi, aku cuma pergi mencari
kebahagiaan
fatin si bunga
|
Khas untuk si diri sendiri
// Saturday, 7 September 2013
|
10:11 |
Aku minta cuma satu Tapi Satu itu yang kau tak mampu Aku minta satu sahaja Tolong setia Penat dah aku diremuk Dicampak Dibuang Diludah Disepak Kulit aku kebal Muka aku tebal Aku gagah kan diri Tegapkan tulang sendi aku berdiri Aku cuba bangun Dari segala mimpi ngeri Kau tahu? Bukan mudah lap airmata sendiri Bukan mudah sayang, bukan mudah! fatin si bunga |
aku rasa...
//
|
10:00 |
Aku rasa Macam ada yang tak kena Di belakang aku seolah-olah Ada yang cuba bertanya Aku rasa Apa yang mereka rasa Tentang apa yang sedang aku rasa Hebatnya mereka Kau faham? Jika faham kau juga rasa Apa yang sedang aku rasa Dan rasa Bukan percuma Cuba rasa Rasa semua Dengan Airmata Kau faham? fatin si bunga |
mari-juana
// Thursday, 15 August 2013
|
22:40 |
aku benar ketagih akan cinta dia
kadang rasa tak cukup ganja yang aku rasa
ingin tambah sekali dua
tapi apakan daya kesannya hanyalah seketika aku ketagih ketika kau kunci jemari aku aku benar ketagih rasa cinta yang kau beri padaku rasanya seperti tidak cukup aku inginkan lagi dan lagi dan lagi aku khayal ketika bersama kau aku benar khayal senyum kau tawa kau buat aku leka seketika dengan segala hal dunia ulang suara hal dunia fatin si bunga |
lapan
// Sunday, 11 August 2013
|
08:24 |
88 Aku mati mati ingat kau bertuah Aku sangkakan kau yang terbaik Hari itu lah mulanya 1 Syawal Dan mulanya si Z jadi milik aku 88 Aku mati mati ingat kau bertuah Aku sangkakan kau yang terbaik Dengar nombor yang tersusun Ia padan bersama 88 Umi yang aku cinta Umi yang aku rindu Meninggalkan anak dan suami di syawal yang pertama Dan terus menetap di sana 88..... Aku mati mati ingat kau bertuah Aku sangkakan kau yang terbaik Tapi ternyata aku salah
Nota kaki: Abadi lah dikau wahai umi (ibu angkat ku) yang kini berada di sana. Aku doakan agar dikau ditempatkan dengan orang yang beriman. Tak ku sangka bahawa aku (dan anak2 kandung serta suamimu) akan merindui mu selamanya. Al-Fatihah~
|
masjid kecil
// Tuesday, 6 August 2013
|
00:26 |
bagi kau aku terlalu muda untuk mempunyai keluarga tapi itu bukan satu isu besar kerana telah pun di sebut “Wahai pemuda sesiapa yang mampu dikalangan kamu maka berkahwinlah, Sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu, memelihara kemaluan mu & bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa. Sesungguhnya ia adalah pencegahnya"aku bukan mahu bersuka ria dan aku bukan mahu suka suka aku benar mahu berkeluarga bila umur ku sudah dua dua aku ingin di jaga aku ingin di tarbiyyah aku inginkan si dia dan lahirkan cahaya mata bersama pada pancaindera manusia mendirikan masjid adalah payah tiada wang tiadalah bahagia kalau ada usaha adalah jalan NYA yang penting bagiku adalah cinta yang ikhlas daripada dia dan juga mampu menjaga aku di kala susah dan buat aku bahagia serta setia dan cinta kami diredhai oleh Allah S.W.T InsyaAllah~ fatin si bunga Nota kaki: Kalau benar dia jodohku, satukan lah hati kami. Kerana aku benar cintakan dia, cinta dia kerana Allah S.W.T. (Z) |



Older entries