b u n g a



ABOUT LINKS TAG
about


Nama yang telah diberikan oleh orang tua aku, Fatin Natassha. Bicara sahaja seperti gadis bermatlamat tetapi aku cuma tujuh belas. Orang melayu berdarah cina. Bercita-cita ingin menjadi si tukang masak & si penulis rancak.


boca (mulut) // Tuesday, 30 July 2013
02:12
selalunya kita tak sedar
apa yang telah kita lontarkan
ia hanyalah lubang yang dikawal
oleh getaran dari kerongkong
tapi dikawal tetap oleh
di atas kepala sana
otak

kata mak
"sebelum berkata, biarlah yang orang hendak dengar & sedap telinga menerima"
benar sekali kata seorang ibu
benar sekali
kadang aku pun ulang salah sama
kadang aku pun berkata yang kesat
kesat hinggakan
ada yang terluka

maafkan aku
aku juga manusia biasa
kadang sedar
kadang aku alpa
maafkan aku 
jika pernah aku berjanji
tapi janji lekat di bibir
tak pula aku tunaikan

semua bermula daripada anggota
anggota yang digelar mulut
dan ditemani dengan
nafsu bercakap

                                                                              fatin si bunga